March 13, 2011

Larian 1 Ummah dan Pertandingan Gubahan Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1432h

Larian 1 Ummah untuk empat kategori bagi kaum lelaki anjuran MIAB dan pertubuhan di Taman Sri Pulai telah selamat diadakan seawal 7.30 pagi (untuk pendaftaran). Imam Hj Ahmad Kasman telah memimpin doa memohon keselamatan peserta. Kategori remaja (13 hingga 24 tahun) telah melalui laluan sejauh 2.03 km manakala kategori kanak-kanak bawah 12 tahun dan usia emas melalui laluan sejauh 1.09 km. Kategori dewasa 25 - 49 tahun tiada peserta yang mendaftar dan pihak penganjur membuka penyertaan kepada AJK Sambutan Maulidul Rasul 1432 H bagi melalui laluan mengelilingi MIAB. Setiap kategori diperuntukan hadiah pemenang 1 hingga 10 dengan pemenang tempat 1 hingga 3 ditambah dengan hadiah iringan berupa hamper. Penyampaian hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh pengerusi-pengerusi atau wakil pertubuhan-pertubuhan Taman Sri Pulai, antaranya Hj Ibrahim Salikin (Pengerusi KRT Jalan Rotan), Hj Kamarudin Hamat (Pengerusi KRT Jalan Meranti), Cikgu Rashid (wakil Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai) dan Hj Kamaludin @ Yahya bin Arshad (Pengerusi KRT Jalan Ara). Walau pun acara larian tersebut kurang mendapat sambutan, namun ianya telah berjaya menyatukan pelbagai golongan muda, remaja dan dewasa di dalam satu majlis.











Pada sebelah petang pula, pertandingan gubahan dan sirih junjung diadakan untuk kaum wanita. Tiga kategori gubahan ialah gubahan tuala, gubahan sejadah dan gubahan kain pelikat. Pertandingan yang bermula jam 2.30 petang 12 Mac 2011 tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan dan berakhir jam 4.30 petang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi MIAB.










                                                                                  



No comments:

Post a Comment