March 16, 2011

Forum Perdana Sambutan Maulidul Rasul 1432H

Kemuncak sambutan maulidul Rasul 1432H gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan di Taman Sri Pulai ialah Forum Perdana yang bertajuk Iktibar dan Pengajaran Maulidul Rasul SAW. Majlis yang bermula jam 9.30 malam 13 Mac 2011 membariskan Ahli Panel Ustaz Mohd Nasri Abdul Rahman daripada Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor, Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar bekas Pegawai Jabatan Mufti Negeri Johor dan dipengerusikan al-Sheikh Ustaz Hj Fahmi A Samad Kadhi Daerah Kulaijaya.

Sebelum forum bermula, para jemaah dan tetamu yang hadir dijamu dengan makan malam selepas maghrib dan selepas solat isyak En Sabri Ahmad selaku pengacara yang diamanahkan menjemput para jemaah sama-sama membuka majlis dengan berselawat kepada Junjungan SAW. Kemudian Dr Karim Deraman selaku Pengerusi Sambutan yang juga Pemangku Pengerusi MIAB memberikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan acara penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR dan PMR tahun 2010.

Alhamdulillah, sambutan ahli jemaah setempat amat-amat menggalakkan. Sekitar 1000 orang telah hadir dan terpegun dengan kupasan menarik. Kata mereka, forum dan sambutan yang diadakan menyentuh perasaan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. InsyaAllah pihak kami akan berusaha untuk memperbanyakkan inti pati forum berkenaan dalam bentuk CD jika ada ahli jemaah dan qariah yang berminat untuk memilikinya. Hubungilah pihak kami......

 

No comments:

Post a Comment