April 24, 2011

Bengkel Pengurusan Pegawai Masjid Berjalan Lancar

Alhamdulillah Bengkel Pemantapan untuk Pegawai Masjid telah berlangsung dengan jayanya pada 24 April 2010 bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam. Sebagai memulakan majlis, Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman menerangkan tujuan bengkel diadakan, yang antara lainnya adalah untuk menyediakan satu senarai tugas bagi Imam, Bilal dan Noja yang bersistematik untuk MIAB. Daripadanya pembahagian tugas boleh dirangka dan diharapkan mereka boleh melaksanakan bidang tugas yang telah dikenalpasti dan bersesuaian dengan kehendak setempat. Pengerusi juga mengingatkan supaya para peserta dapat berbengkel dengan hati yang tulus ikhlas, terbuka dan tiada niat lain melainkan untuk mendapat keredhaan Allah. Ketepikan kepentingan peribadi demi untuk kepentingan agama. Mudah-mudahan hasil daripada bengkel ini akan melancarkan gerak kerja pengurusan MIAB dan moga-moga ahli qariyah merasa selesa dan suka untuk datang beribadat di MIAB.

Untuk melaksanakan bengkel ini,  Ahli Jawatan Kuasa dan Pegawai Masjid di pecahkan kepada tiga kumpulan; Kumpulan 1 (Imam), Kumpulan 2 (Bilal) dan Kumpulan 3 (Noja). Oleh kerana terdapat beberapa orang peserta Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 tidak dapat hadir, kumpulan tersebut digabungkan menjadi satu kumpulan dan mereka ditempatkan di Bangunan Pejabat Pentadbiran MIAB manakala Kumpulan 3 pula berbengkel dalam Ruang Solat Utama MIAB.

 Kumpulan 1 (Imam) dan Kumpulan 2 (Bilal)

Peserta: Hj Kamarudin Hamat (Ketua Kumpulan 1), Major (B) Hj Yusof Daud (Ketua Kumpulan 2), Hj Kamaruzaman Salikon (SU Kumpulan 2), Hj Ahmad Kasman (Imam 1), En Shahrim Ibrahim, Hj Ahmad Imbar, Mohd Ismail Mahmood (Imam 2), Hjh Rabeah Hj Hashim dan Hjh Asleha

 Kumpulan 3 (Noja)
 


Peserta: En Sabri Ahmad (Ketua Kumpulan 3), Naam Parlan (SU), Ab Hanan Md Basri, Sukim Sahal, Hj Md Bajuri Salim, Hj Mohd Salleh Hashim dan Masek Sulaiman,

No comments:

Post a Comment