April 14, 2011

Kematian Ahli Qariyah

Seramai empat orang ahli Qariyah MIAB yang telah menyertai Tabung Khairat Kematian telah pulang menemuai Allah SWT. Nama-nama mereka dinyatakan dalam Jadual berikut:

Bil
Nama
Alamat
Tarikh Meninggal
1
Razak bin Omar
25, Jalan Ara 5
03.03.11
2
Mahmood bin Salleh
28, Jalan Pakis 4
26.03.11
3
Mariam binti Yahya
21, Jalan Batai 13
02.04.11
4
Hafsah binti Muhammad
5, Jalan Pakis 15
10.04.11

Bagi pihak Jawatankuasa MIAB kami mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka yang ditinggalkan dan bersabarlah di atas pemergian mereka. Kami juga memohon jasa baik semua ahli qariyah supaya menghalalkan makan-minum, hutang-piutang dan sebagainya (jika ada) semasa bermuamalah dengan mereka suatu ketika dahulu.

Marilah kita sama-sama doakan moga-moga Allah menerima amalan baik mereka dan mencucuri rahmatNya serta menempatkan roh-roh mereka bersama orang-orang Soleh yang telah mendahului mereka. Aamiin ya Rabbal 'Aalamiin...

No comments:

Post a Comment