April 21, 2011

Hadiri Mesyuarat Pemantauan Mengenai Denggi

Ekoran Seminar Kebersihan Persekitaran Ke Arah Mencegah Denggi yang telah adakan di Pusat Kesihatan Bersekutu Tampoi pada 28 Mac 2011 lalu yang telah dihadiri oleh Hj Kamaruzaman Salikun, Penolong Setiausaha MIAB, satu mesyuarat mengenainya pula diadakan pada 21 April 2011 bertempat di Dewan Mesyuarat Masjid Bandar Badu UDA. Mesyuarat tersebut dipengerusikan Dr Shaharom Nor Azian, Pakar Kesihatan Awam dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor bermula jam 2.00 dan tamat jam 4.00 ptg. Seramai 40 orang pengerusi-pengerusi masjid daerah Johor Bahru di jemput hadir dan Pengerusi MIAB Dr Karim telah dapat sama menghadirinya

Mesyuarat yang mendapat kerja sama Jabatan Agama Johor (Bahagian Pengurusan Masjid) tersebut telah mejuruskan ke arah Menjadikan Masjid Sebagai Penggerak Aktiviti Kebersihan. Masjid diminta supaya menubuhkan Jawatan Kuasa Kebersihan dengan melibatkan pelbagai pihak seperti Sekolah Agama dan pelbagai pertubuhan setempat sekitar masjid. Gotong-royong berkala, pemeriksaan mingguan sekitar masjid (dalam lingkungan 200 m), kempen kesedaran dan pengiklanan tentang kesihatan (banner, edaran dan pameran) dengan kerja sama Jabatan Kesihatan Negeri Johor hendaklah diadakan dari semasa ke semasa.

Diakhir mesyuarat, semua masjid dibekalkan dengan Borang Pemantauan Program Jawatankuasa Kebersihan untuk dikemukakan setiap bulan kepada Pejabat Vektor Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, JKR 601 Batu 5, Jalan Skudai, 81200 Johor Bahru atau melalui fax 07-2341411 atau email vekprojh@gmail.com.

No comments:

Post a Comment